Agama dan Sudra. Tambahan pula, Brahmin merupakan golongan pendidik

Agama Hindu Terdapat lebih daripada
beribu-ribu buah kitab suci agama Hindu contohnya, Ittihasa, Purana, Bagavad
Gita dan sebagainya. Dalam pelbagai jenis kitab suci agama Hindu, kitab Veda
adalah kitab suci yang terbesar dalam tamadun India dan juga dianggap sebagai
ensiklopedia agama Hindu pada zaman lampau. Hal ini kerana, pada zaman awal
,wahyu Veda dikatakan secara lisan dan isi-isi yang terdapat dalam Kitab Veda
merupakan ajaran dari kumpulan Brahman atau Tuhan.

Kitab Veda terdiri daripada empat jenis
kitab-kitab termasuklah Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharva Veda. Setiap
jenis Veda yang tersebut mengandungi empat bahagian iaitu Samhita, Brahman,
Aranyaka dan Upanishads (Slideshare.net, 2018). Samhita bermaksud bahagian yang
mengandungi ayat-ayat yang suci dan mantera. Selain itu, Brahman merupakan
salah satu bahagian yang didapati dalam kitab Veda dan mengandungi definisi dan
kegunaan ayat-ayat suci. Di samping itu, Aranyaka juga didapati dalam kitab
Veda dan ia mengandungi meditasi memainkan peranan sebagai simbol dalam aspek
ritual. Akhir sekali, Upanishads mengandungi bahagian kesusasteraan atau
falsafah. Kitab Veda mengandungi pelbagai ajaran tentang kehidupan penganut
agama Hindu. Kandungan Kitab Veda bermulai daripada pengembaraan, makanan dan
minuman, politik, bertamadunan, kebudayaan, kehidupan, pergaulan, kediaman, agama,
pekerjaan, berdoa kepada ketuhanan (06 and Musa, 2018).

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Bukan itu sahaja, dalam agama Hindu pada
zaman lampau, terdapat sistem kasta yang mempunyai empat tahap dan setiap tahap
memainkan peranan yang berbeza. Empat tahap yang tersebut termasuklah Brahmin,
Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Tambahan pula, Brahmin merupakan golongan pendidik
dan ahli agama, Ksatrita merupakan golongan pemerintah, Vaisya merupakan golongan
peniaga dan Sudra merupakan golongan pekerja. Dalam sistem kasta yang dibingcangkan,
Brahmin merupakan tahap yang tertinggi dan mempunyai hak kuasa yang lebih
daripada golongan pemerintah. Hal ini menunjukkan kepentingan pendidikan dan keutamaan
daripada lain-lain sebaliknya, pemerintah seperti raja-raja mengadakan di tahap
kedua dalam sistem kasta.

Seterusnya, Ashrama
Dharma adalah salah satu ajaran yang penting dan memberi inspirasi kepada
pembaca terhadap setia tahapĀ  kehidupan
yang akan dihadapi dalam sistem keluarga. Ashrama Dharma terdapat empat tahap
kehidupan termasuklah Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan Samnyasa, empat
tahap tersebut berdasarkan keharmonian dan kebudayaan hidup dalam ajaranĀ agama
Hindu. Setiap tahap kehidupan tersebut mempunyai tugasan atau kewajiban untuk
mencapai kehidupan yang dianggap unggul. Contohnya, tugasan generasi muda adalah
berlajar untuk memperoleh ilmu pengetahuan.

Dalam bidang pendidikan, tahap Brahmacarya
yang akan diberi tumpuan kerana tahap tersebut ialah tingkatan yang pertama
terdapat dalam Ashrama Dharma dan mempromosi kepentingan pendidikan sehingga
usia 24 tahun. Dalam tahap ini, seseorang pelajar akan menerima pendidikan
secara tidak rasmi sehingga usia 12 tahun supaya mentaliti pelajar dibentukan. Seterusnya,
pelajar akan menerima pembelajaran yang formal dari usia 12 tahun secara berterusan
sehingga usia 24 tahun.