DASAR kebudayaan, penempatan dan lain-lain. Strategi Pelaksanaan Program DEB

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Di era penjajahan,
peluang untuk masyarakat Melayu untuk maju dalam bidang sosioekonomi sangat
terbatas disebabkan polisi penjajah, kekurangan infrastruktur, kekurangan
kesedaran, serta kurangnya pendedahan terhadap pendidikan. British
menjalankan  dasar pecah dan perintah iaitu
orang Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor
pertanian tradisional, orang Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi
menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan, sementara orang India
ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

 

Sewaktu penjajahan tidak banyak banyak kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Melayu petani dalam sektor pertanian. Sehingga tahun 1930an,
masyarakat Melayu petani masih lagi dihantui oleh masalah hutang, produktiviti
yang rendah, masalah pemasaran dan undang-undang tanah yang masih lagi kabur.
British tidak mengambil apa-apa inisiatif bagi membangunkan masyarakat Melayu, mereka lebih senang melihat masyarakat Melayu luar
bandar ini kekal dengan sebagaimana kegiatan asal mereka sebelum ini iaitu
sebagai petani yang masih menggunakan kaedah tradisional dengan pengeluaran
yang rendah

 

Objektif

Bagi menwujudkan lebih perpaduan Negara dengan mengurangkan jurang
perbezaan ekonomi, social, kebudayaan, penempatan dan lain-lain.

 

Strategi Pelaksanaan

Program DEB disusun dengan konsep erampang dua mata

i.                
Menyusun
semula masyarakat bagi mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi

ii.              
Membasmi
kemiskinan dengan cara mengujudkan pekuang pekerjaan yang banyak kepada semua
rakyat (kaum)

Rasional

Kesan dasar ekonomi penjajah
British selama 90 tahun yang menimbulkan dwi-ekonomi (dual economy) di mana
kaum bukan bumiputera dibiarkan maju dalam ekonomi moden, iaitu perniagaan,
pembuatan, pengeluaran getah dan perlombongan bijih timah yang memberi
pendapatan yang tinggi, manakala bumiputera dibiarkan bergiat terus dalam
ekonomi pertanian tradisional

 

Jadual 1: Jumlah penduduk
Malaysia pada bulan Ogos 1970

Etnik

Jumlah

%

Melayu

4,886,912

46.8

Cina

3,555,871

34.1

India

942,944

9.0

Lain-lain

1,053,795

10.1

Jumlah

10,439,522

100

 

 

 

 

 

Sumber:
Jabatan
Statistik, 1972:24

 

 

Jadual 2: Kadar Kemiskinan Mengikut Etnik Tahun 1970

Etnik

Kadar Kemiskinin (%)

Pendapatan Purata Keluarga Sebulan (RM)

Melayu

64.8

172.00

Cina

26.0

394.00

India

39.2

304.00

Lain-lain

44.8

813.00

Sumber : Unit Pcrancang Ekonomi, Jabatan Pcrdana
Menteri.

 

Matlamat

DEB bermatlamatkan perpaduan kaum melalui pembasmian kemiskinan oleh itu
kerajaan telah:

i.                
Mewujudkan
lebih peluang pekerjaan kepada rakyat dengan cara yang
progresif dan menerusi  pertumbuhan
ekonomi seluruhnya supaya pada tahun 1990 kedudukan  tenaga buruh mencerminkan bilangan kaum.

ii.              
Meningkatkan
daya pengeluaran Negara.

iii.            
Memodenkan
kehidupan di luar bandar dengan memajukan negeri dan
kawasan yang dianggap mundur  melalui
pembangunan wilayah baru seperti DARA,KESEDAR, KEJORA dan sebagainya.

iv.            
Mewujudkan
kumpulan ushawan dan bisnes bumiputera dengan membentuk sebuah
masyarakat perdagangan dan  per
industrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk
dan memiliki 30% ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi
saperti MARA, Bank Pembangunan,Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional. Meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui pendidikan,
kesihatan dan kemudahan insfrastruktur

Penyusunan semula
Masyarakat

Adalah menjadi hasrat kerajaan
supaya  menjelang tahun 1990 pemilikan
saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan  kaum 
di Negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30% , 40% bukan
Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur   luar negeri.

 

Jadual 3: Jumlah
Nilai dan Peratusan Pemilikan Saham Syarikat-Syarikat Berhad oleh Bumiputera
dan Etnik Lain pada Tahun 1970

Pemilikan

Jumlah Pemilikan (Juta RM)

%

Bumiputra perseorangan dan agensi amanah
i.                
Bumiputra Perseorangan
ii.              
Agensi Amanah

279.6
168.7
110.9

4.3
2.6
1.7

Bukan Bumuiputra

2,233.2

34.0

Warganegara Asing

4,051.3

61.71.1

Jumlah

6,564.1

100

Sumber: Jabatan Pcrangkaan Malaysia

 

Impak DEB

Kejayaan DEB banyak dibantu oleh jabatan dan agensi kerajaan yang
dianggap sebagai “institusi
nasionalisme ekonomi bumiputera yang berkesan dan simbolik”. Keazaman
kerajaan dengan memperuntukan sejumlah besar kewangan juga amat membantu dalam
merealiasasikan DEB ini

 

Perubahan ekonomi Negara banyak memberi manafaat kepada orang Melayu dan
kaum lain menerusi kegiatan ekonomi yang tersedia. Secara keseluruhannya DEB
memberi keuntungan kepada semua samada di luar bandar atau di dalam bandar itu
sendiri. Bagi orang Melayu ia memberi ruang untuk aktif dalam perniagaan
seperti usahawan dan pembekalan barang dan perkhidmatan sementara rakyat kaum
yang lain memperolehi faedah menerusi pendidikan dan lain-lain.